Penjawat awam Perlis terima BKKA RM1,500 – MB

2026-03-09    HaiPress

Foto BERNAMA

KANGAR,9 Mac– Semua penjawat awam negeri Perlis bagi lantikan tetap,kontrak dan sementara serta MySTEP akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM1,500.

RINGKASAN BERITA AI

Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah berkata bantuan khas kewangan secara sekali beri itu yang akan dibayar pada 13 Mac ini diharap dapat menyuntik semangat dan meningkatkan prestasi kerja seluruh penjawat awam negeri ini.

“Saya berharap dengan sumbangan ini,sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan tuan puan dalam meraikan Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bilangan 2 Tahun 2026 di sini hari ini.

Pemberian bantuan khas itu bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan penjawat awam negeri agar terus memberikan perkhidmatan cemerlang demi rakyat negeri Perlis. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap