Pelajar arus perdana digalak kuasai bahasa isyarat tahun depan

2026-03-09    HaiPress

Foto hiasan/RTM

KUALA LUMPUR,9 MacPelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 dijangka membuka ruang lebih luas kepada pelajar arus perdana mempelajari Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) sebagai bahasa tambahan.

RINGKASAN BERITA AI

Sekali gus,memperkukuh amalan keterangkuman serta meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap golongan orang kurang upaya (OKU).

Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh berkata,inisiatif itu melengkapi usaha kementerian sejak 2011 dalam menyediakan mata pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) dan Pendidikan Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan (PAIKUP) di sekolah rendah melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK).


“Mata pelajaran BIK menyediakan kemahiran bahasa isyarat dan mata pelajaran PAIKUP menyediakan kemahiran braille serta orientasi dan mobiliti (O&M),” katanya ketika menjawab soalan Senator Isaiah D. Jacob di Dewan Negara hari ini.

Menurut Wong,pelaksanaan mata pelajaran berkenaan melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) membolehkan murid OKU dan pelajar arus perdana belajar bersama secara lebih inklusif,sama ada di dalam atau luar bilik darjah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap