Tekonologi pintar lonjak kecekapan logistik negara

2025-11-03    HaiPress

Timbalan Pengarah Jaringan Industri dan MasyarakatUniversiti Malaysia Terengganu,Profesor Madya Dr. Nurul Haqimin Mohd Salleh / Foto RTM

KUALA LUMPUR,3 November - Penggunaan teknologi pintar seperti kecerdasan buatan (AI) dan automasi dilihat sebagai pemangkin utama bagi Malaysia memperkukuh kedudukan sebagai hab logistik serantau.

Menurut Timbalan Pengarah Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Malaysia Terengganu,Profesor Madya Dr. Nurul Haqimin Mohd Salleh,perubahan landskap logistik tidak lagi bergantung kepada saiz atau kapasiti,sebaliknya kepada tahap kecekapan dan kebijaksanaan penggunaan teknologi.

"Logistik hari ini perlu berubah daripada membesarkan sesuatu kepada meningkatkan kecekapan,katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu rancangan Selamat pagi Malaysia.

Sementara itu,beliau menjelaskan bahawa penerapan teknologi digital tidak akan menghapuskan pekerjaan,sebaliknya mengubah cara masyarakat bekerja dan mewujudkan peluang baharu dalam bidang automasi serta keselamatan siber.

Malaysia yang kini berada di tangga kedua terbaik ASEAN dalam Indeks Prestasi Logistik selepas Singapura dalam inovasi seperti Sistem Tetingkap Tunggal Maritim Malaysia atau 'Malaysian Maritime Single Window' (MMSW) yang membantu mempercepat urusan perdagangan.

"Teknologi digitalisasi ini tidak akan menghapuskan pekerjaan sebaliknya akan mengubah cara kita bekerja,jelasnya lagi.

Profesor Haqimin menegaskan lagi bahawa dengan gabungan kecekapan,inovasi dan keselamatan digital akan menjadi asas kepada daya saing Malaysia sebagai pintu dagangan serantau.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap