Kerajaan perkukuh Dasar Blockchain Negara, rangka kawal selia tokenisasi aset dibangunkan

2025-11-03    HaiPress

Menteri Digital Gobind Singh Deo/RTM

KUALA LUMPUR,3 November -Kerajaan melalui Kementerian Digital sedang memperkukuhkan dasar serta hala tuju strategik teknologi rantaian blok (blockchain) di Malaysia,bagi memastikan kesinambungan pembangunan masa depan ekonomi digital negara.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata,kementeriannya kini menjadi penyelaras utama teknologi digital termasuk blockchain selepas Pelan Hala Tuju Rantaian Blok Nasional 2021–2025 bakal berakhir hujung tahun ini.

Untuk itu,Pasukan Kerja Dasar Blockchain Negara telah ditubuhkan dengan penglibatan pakar dari sektor awam dan swasta untuk merangka dasar yang holistik dan inklusif merangkumi aspek kripto dan bukan kripto.

"Fokus utama pasukan kerja ini ialah yang pertama mengenal pasti keutamaan dan fokus strategik untuk pembangunan dan penerapan teknologi Blockchain di Malaysia meliputi aspek kripto dan non-kripto. Mengkaji implikasi etika,undang-undang,dan sosial teknologi Blockchain. Mencadangkan mekanisme untuk menggalakkan kerjasama antara akademik,industri,dan kerajaan dalam bidang Blockchain. Mengemukakan strategi untuk pembangunan bakat dan pendidikan dalam bidang teknologi Blockchain," beliau menjawab soalan asal yang dikemukakan Ahli Parlimen Bukit Bendera,Syerleena Abd Rashid,di Dewan Rakyat.

Gobind berkata,ketika ini,komponen utama yang diperlukan dalam pembangunan dasar dan hala tuju blockchain negara merangkumi pengadaptasian teknologi blockchain bagi meningkatkan kecekapan,keselamatan,dan ketelusan sektor pentadbiran kerajaan,industri dan rakyat.

Pengaplikasian teknologi blockchain menerusi tokenisasi akan turut diteliti khususnya dalam aspek pengurusan aset dan pembangunan pasaran modal bagi menjamin keselamatan transaksi dan kestabilan ekosistem digital.

"Kerajaan sedang membangunkan rangka kerja kawal selia,tokenisasi aset secara bersepadu melalui bekerjasama dengan Suruhanjaya Security Malaysia dan juga Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap