Foto fail
KUALA LUMPUR,25 Julai – Kepimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan telus,berpaksikan kepedulian rakyat dan komited membasmi ketirisan serta memulihkan integriti tadbir urus.
Pengerusi Sekretariat Bela Negara (SBN),Mutaffa Kamil Ayub berkata,enam pengumuman utama Perdana Menteri pada Rabu lalu membuktikan Kerajaan MADANI serius membela nasib semua lapisan rakyat.
Beliau menegaskan,langkah itu juga simbol penghargaan kepada rakyat atas sokongan dan kesetiaan mendukung agenda pemulihan negara.
“Perdana menteri bukan hanya berjanji,malah membuktikan perubahan dengan tindakan. Inilah semangat Malaysia MADANI.
Kerajaan hari ini mendengar suara rakyat,membalas dengan tindakan konkrit dan meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan,” katanya kepada Berita RTM.
SBN bersama lebih 100 NGO turut merakamkan penghargaan dan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri.
Mutaffa berkata,rakyat wajar menilai sendiri perubahan yang telah dilaksanakan secara berperingkat sejak Datuk Seri Anwar memegang tampuk pentadbiran negara.