Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

2025-03-04    HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,4 Mac- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM15.13 bilion dalam sistem konvensional dan RM29.74 bilion dalam dana Islam.

Hari ini,bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM3.7 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM1.0 bilion untuk 92 hari.

BNM turut melaksanakan tender repo berbalik semalaman bernilai RM8.5 bilion bagi sehari.

Selain itu,ia mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM28.3 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM30.3 bilion.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap