Pengurangan defisit membolehkan jumlah pinjaman baharu setiap tahun turut dikurangkan/Foto Bernama
KUALA LUMPUR,5 Ogos– Kerajaan MADANI sedang melaksanakan strategi menurunkan defisit secara berperingkat bagi mengawal peningkatan hutang negara secara bertanggungjawab.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahimberkata demikian dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT),dalam Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Kangsar,Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengenai langkah kerajaan menangani hutang negara yang kini mencecah RM1.2 trilion.
“Selagi ada defisit,kadar hutang akan bertambah. Sebab itu strategi kita ialah menurunkan defisit. Defisit ini bermakna perbelanjaan melebihi pendapatan. Oleh kerana kita tidak mampu,kita terpaksa meminjam. Jadi,selagi defisit tidak dikurangkan,hutang akan bertambah. Sebab itu dalam strategi Kerajaan MADANI,kita turun defisit ke 5.5 peratus tahun 2022,5 peratus tahun 2023,4.1 peratus tahun 2024 dan kita jangka 2025 kepada 3.8 peratus.” katanya.
Tambah beliau lagi,pengurangan defisit secara beransur-ansur itu membolehkan jumlah pinjaman baharu setiap tahun turut dikurangkan secara signifikan.
“Dan oleh kerana penurunan defisit itu bererti hutang atau pinjaman baharu juga menurun. Contohnya tahun 2022 pinjaman baharu kita RM99 bilion,2023 RM92.6 bilion,2024 RM76.8 bilion. Jadi,dalam tempoh dua tahun,RM22 bilion dikurangkan dalam hutang baharu.”
Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa langkah pengurangan itu dilakukan secara berfasa supaya keperluan rakyat dalam sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan tidak terjejas.
“Jadi,itu yang saya sebutkan gradual. Supaya kalau kita potong mendadak,pendidikan dan kesihatan dan pembangunan tidak dapat kita biayai. Tapi kita turunkan itu dengan cara yang berperingkat,berfasa menurunkan defisit selagi defisit tidak diturunkan.”
Dalam sesi itu,Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa langkah penyasaran subsidi dan kawalan fiskal yang lebih ketat menjadi antara kunci kepada strategi kerajaan mengekang kenaikan hutang yang berlebihan,tanpa mengabaikan keperluan rakyat terbanyak termasuk golongan B40 dan M40.