2026-06-05
HaiPress
Foto hiasan /RTM
PUTRAJAYA,5 Jun – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diarahkan supaya menyegerakan penyelesaian berhubung isu pengiktirafan kelayakan program Doktor Farmasi (PharmD) dari Universiti Alexandria,Mesir.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa jalan penyelesaian yang bakal diambil mestilah seimbang dan tidak membelakangkan kebajikan penuntut terbabit.
“Justeru,KPT dan KKM perlu menyelesaikan isu ini secara tuntas selaras dengan gagasan MADANI yang menuntut keadilan,ihsan dan kebijaksanaan dalam setiap keputusan yang menyentuh masa depan rakyat,tanpa menjejaskan standard profesional yang ditetapkan bagi bidang farmasi,” menurut kenyataan itu.
Langkah proaktif tersebut diharapkan dapat menamatkan kegusaran para pelajar terlibat,sekali gus memastikan masa depan dan kelayakan profesional mereka dapat dimanfaatkan dalam sistem kesihatan negara.