
Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,5 Jun – Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan Kerajaan Serbia berikutan kehilangan nyawa seorang anggota pasukan pengaman negara itu yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL),pada Khamis.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Keganasan yang berterusan dan serangan terhadap pasukan pengaman serta orang awam ini berpunca secara langsung daripada pencabulan Israel terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Lubnan,dan tidak boleh dijustifikasikan dalam apa keadaan jua,” menurut kenyataan itu.
Susulan perkembangan yang semakin meruncing itu,Malaysia menggesa agar konflik ketenteraan dan keganasan di kawasan berkenaan dihentikan dengan serta-merta.
Malaysia turut menyeru semua pihak yang terlibat untuk mematuhi sepenuhnya undang-undang kemanusiaan antarabangsa bagi memastikan keselamatan pasukan pengaman PBB serta orang awam di Lubnan sentiasa terpelihara.