Pemain Huqin terkenal di China Hu Yi Ying Terbalikkan muzik Huqin tradisional, mencipta “Keriuhan”

2021-06-04   


Di gumuk pasir di Asia Barat, Muzik Arab yang penuh dengan cita-cita dan keindahan berlanjutan selama seribu tahun. Namun, dalam keriuhan zaman, ia jarang menimbulkan misteri dan cahaya semaraknya. Sekeliling dikepung peperangan dan asap, dipenuhi dengan tangisan yang tidak berhenti-henti dan kemusnahan yang disebabkan peperangan. Di tanah besar China Asia Timur, terdapat satu instrumen muzik yang telah diwarisi turun-temurun sejak dahulukala, melalui jatuh bangun seratus tahun, tetapi sering dilupakan— Jinghu. Daripada bunyi kuat pada masa dulu, ia berubah lalu melepaskan kebernasan dan kedalaman, ia masuk ke dalaman padang pasir Asia Barat yang luas untuk menguras wajah yang sedang menangis dan menenangkan ketakutan serta kesedihan. Pertemuan yang merentasi sempadan negara dan menyambungkan masa silam dengan masa sekarang ini merupakan muzik moden dan inovatif gabungan pelbagai budaya— “Keriuhan”.

Gubahan “Keriuhan”mempunyai keajaiban untuk merentasi masa dan ruang. Pada saat muzik bermula, pendengar serta-merta dibawa ke senario peperangan dan persengketaan. Gubahan ini dipersembahkan dengan gaya muzik Timur Tengah yang menggunakan Jinghu, iaitu instrumen muzik utama dalam Opera Peking,ia merupakan satu kejayaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan satu karya inovatif berunsur budaya antara etnik. Pertembungan unsur-unsur muzik dari dua negara dan gaya yang berbeza membawa perasaan seni yang unik kepada pendengar. Muzik menggambarkan adegan rabik rabak dan pergelutan dalam peperangan, persembahan Jinghu dan bes Huqin turut menghuraikan kesakitan dan kekejaman perang dengan jelas. Ia merangsang pemikiran orang ramai terhadap hayat dan bertanyakan soalan yang mendalam ke lubuk jiwa terhadap keinginan dan ketamakan di dunia ini.

Penggubah “Keriuhan” ialah Profesor Hu Yiying, seorang pemuzik Huqin terkenal dari China Oriental Performing Arts Group dan artis Huqin kontemporari, juga seorang pendidik di China. Prof. Hu Yiying belajar bermain Erhu daripada ayahnya sejak berumur lima tahun. Kemudian, beliau masuk ke China Conservatory of Music dan mengikuti pengajaran Min Huifen, pemain Erhu terkenal, Jiang Qing, pemain Huqin dan pendidik, Prof. Liu Mingyuan yang digelar “Pakar Pemain Instrumen Senar Busur” dan Prof. An Ruli, seorang pemain Huqin. Hu Yiying menganggap seni Huqin sebagai hidupnya, dan menghabiskan masanya untuk mengkaji seni. Beliau mengembara di seluruh dunia untuk mencari unsur-unsur muzik yang kaya dan unik di negara dan rantau yang berbeza. Dalam dunia muzik yang penuh dengan pertembungan kepelbagaian unsur, beliau meneroka destinasi jiwa dan makna kehidupan. Pada pandangan Hu Yiying, seni dan muzik tidak mempunyai sempadan negara, dan hati manusia saling berhubung. Apabila beliau melihat perang yang berlaku di rantau Palestin dan Israel bertahun-tahun serta pandangan mata mangsa-mangsa yang menderita dan hampa, kesedihan yang tidak terkawal dan belas kasihan mengalir dari hati sanubarinya. Beliau tahu bahawa kuasa manusia adalah terhad, tetapi kuasa cinta adalah tidak terhingga. Beliau ingin menjadikan cintanya kepada not muzik dan melodi, menghantar kekuatan, ketenangan dan harapan kepada orang-orang di rantau peperangan.

Dengan kepercayaan sedemikian, Hu Yiying dan pasukannya mula menggubah muzik selama beberapa bulan. Selepas malam-malam teruja dan girang yang tidak terhingga, akhirnya gubahan yang syahdu itu dilahirkan. Kata Hu Yiying, “Muzik yang baik adalah seperti muzik syurgawi, ia bukan berasal daripada ciptaan manusia, tetapi daripada inspirasi dan kebijaksanaan yang diberikan oleh Tuhan.” Pada pendapat beliau, “Keriuhan” adalah hadiah daripada Tuhan yang berasal daripada kesucian dan juga akan kembali kepada kesucian. Dari segi teknik persembahan, Hu Yiying juga telah membuat banyak penerokaan dan percubaan, berdasarkan kemahiran seni yang dihimpunkan bertahun-tahun, tahap kesukaran dan keluasan persembahan beliau adalah di luar jangkauan ramai pemuzik. Kombinasi sempurna daripada banyak faktor menjadikan “Keriuhan” sebuah karya agung yang menyegarkan dan jarang ditemui.

Walaupun Hu Yiying mencurahkan banyak titik peluh semasa menggubah “Keriuhan”, beliau mengatakan bahawa “Keriuhan” bukan kepunyaannya, tetapi milik nyawa-nyawa yang bergelut dalam peperangan sepanjang hari. Seorang artis yang mempunyai kerohanian yang unik ini berhasrat agar kasih sayang dan harapan sentiasa wujud di kalangan runtuhan dan rumput liar, beliau menggunakan muzik untuk menyeru kasih sayang dan keamanan di dunia. Hu Yiying berharap dapat memulakan kempen derma amal menerusi lagu “Keriuhan” dan hasil kutipan daripada gubahan ini akan didermakan kepada mangsa tidak bersalah yang menderita disebabkan perang. Di samping itu, beritahu mangsa-mangsa di sana bahawa mereka juga diambil berat dan tidak dilupakan. Utusan muzik ini berharap muzik ini dapat menyentuh lebih banyak hati sanubari yang lembut, dengan harapan suratan takdir manusia akan bersatu supaya mewujudkan kasih sayang dan keamanan di dunia ini.



Company: Micro Innovation Media Co.,LTD.
Contact Person:He Bing
Email:2421455237@qq.com
Website: http://www.vcmarket.cn/
Telephone:  010-57286297




Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap