
Kemunculan gajah liar jantan di kawasan sekitar tapak perkhemahan peserta Kembara Rakyat Nenggiri awal pagi tadi/RTM
GUA MUSANG,24 Ogos- Seekor gajah liar berkeliaran berhampiran tapak perkhemahan dan penempatan masyarakat Orang Asli di Pos Gob,di sini,awal pagi ini,sekali gus mengejutkan kira-kira 150 peserta Kembara Rakyat Nenggiri.
RINGKASAN BERITA AI
−
Seorang lagi peserta,Wan Muhammad Hafiz Wan Daud berkata beliau terkejut apabila mendapati gajah berkenaan berada berhampiran kawasan mereka berkhemah.
“Terkejut juga tengok tadi sebab dekat dengan tempat kami duduk. Pukul 4.00 pagi dah ada di sini dan masa itu kabus tebal,” katanya.
Sementara itu,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata pihaknya menerima aduan mengenai kemunculan gajah liar di kawasan penempatan masyarakat Orang Asli Pos Gob sejak dua tahun lepas.
“Pos Gob sudah dua tahun menerima aduan dan banyak tanaman serta harta benda mereka rosak. Gangguan ini bukan sahaja berlaku di kawasan pinggir tetapi turut memasuki kawasan penempatan penduduk.
“Kita mengharapkan tindakan susulan secara terancang daripada pihak berkenaan.
“Kita maklum kawasan Pos Gob ini jauh dari kawasan bandar dan permasalahan ini perlu ada penyelesaian,” katanya.
Difahamkan,terdapat lebih 1,000 penduduk masyarakat Orang Asli di Pos Gob.