Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah

2026-08-22    HaiPress

Foto RTM

KUALA TERENGGANU,22 Ogos- Sambutan Hari Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-80 dan Bulan Kebangsaan 2026 peringkat Negeri Terengganu berlangsung meriah dengan penglibatan komuniti menerusi pelbagai aktiviti termasuk pertandingan mewarna batik.

RINGKASAN BERITA AI

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu,Muhd Nor Aswadi Md Nor.

Sementara itu,Ketua Pegawai Operasi NACC Batik Pavilion,Ismanisa Itam@Ismail berkata seni batik sebagai warisan tradisional Malaysia perlu terus dipelihara dan diperkenalkan kepada generasi muda sejak kecil.

“Batik adalah warisan tradisional Malaysia dan kita mahu anak-anak mengenali serta mencintai seni batik sejak kecil. Penghasilan kit batik ini menjadi simbolik kepada warisan yang perlu diteruskan oleh generasi akan datang,” katanya.

Sementara itu,peserta mewarna batik,Muhd Helmi Baharom berkata program berkenaan berlangsung meriah dan mampu menyemarakkan suasana sambutan Bulan Kebangsaan di Terengganu.

“Program ini sangat meriah dan saya berterima kasih kepada RTM kerana menjayakan acara yang julung kali diadakan.

“Suasana sambutan Bulan Kebangsaan di Terengganu juga meriah dengan banyak rumah dan kenderaan mengibarkan serta memasang simbol Jalur Gemilang,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap