
Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),Shahrizan Sudiman (lima,kanan) bersama Ahli Lembaga Pengarah FAMA,Suzilawaty Shuib (lima,kiri) dan Pengarah Kanan Bahagian Galakan Pasaran dan Kepenggunaan FAMA,Asmizah Jaafar (tiga,kanan) merasmikan Program Jualan Agro MADANI (JAM) Edisi FAMA@MAHA2026 di ibu pejabat FAMA / Foto BERNAMA
GOMBAK,27 Julai – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengetengahkan 343 pempamer dan usahawan terbaik dari seluruh negara pada Pameran Pertanian,Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang dijadual berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS),Serdang,dari 28 Ogos hingga 6 September depan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian pada Program Jualan Agro MADANI (JAM) Edisi FAMA@MAHA2026 di Ibu Pejabat FAMA,di sini,hari ini.
Shahrizan berkata,penyertaan FAMA merangkumi empat segmen utama iaitu Food Empire,Food Truck Fiesta,Agribusiness dan Kingdom of Agrofood (KOA).
Katanya,segmen Agribusiness menghimpunkan kira-kira 141 usahawan dari seluruh negara,dengan hampir 20 peratus daripada mereka berjaya menembusi pasaran eksport.
Bagi segmen Food Empire,seramai 74 usahawan akan menawarkan pelbagai makanan ikonik negeri,selain penyertaan usahawan antarabangsa dari rantau Timur Tengah.
“Food Truck Fiesta pula menghimpunkan kira-kira 34 usahawan tempatan yang menawarkan pelbagai makanan viral dari seluruh negara.
“Segmen Kingdom of Agrofood (KOA) bakal menjadi antara tarikan utama pameran dengan menampilkan hasil pertanian tempatan merangkumi sektor ternakan dan perikanan,selain mengangkat buah melon dari pelbagai negeri sebagai ‘Fruit of the Event’,” katanya.
Mengulas mengenai Program JAM,Shahrizan berkata,program itu disertai 33 usahawan menerusi 44 lot jualan sebagai platform promosi awal bagi memperkenalkan tarikan utama FAMA menjelang MAHA 2026.
Katanya,pengunjung berpeluang menikmati pelbagai tawaran istimewa termasuk Kombo MADANI pada harga RM10,Happy Hour RM5,ayam segar RM10 seekor,daging segar RM25 sekilogram,selain promosi buah-buahan bermusim,produk Agromas,Kopiesatu serta edaran sayur-sayuran percuma.
“Inisiatif ini membolehkan orang ramai menikmati penjimatan antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga pasaran,selaras dengan usaha kerajaan membantu meringankan kos sara hidup rakyat,” katanya.
Program JAM yang diperkenalkan sejak 2023 diteruskan menerusi edisi FAMA@MAHA2026 sebagai komitmen FAMA dalam memperkasakan usahawan agromakanan,menjamin keterjaminan makanan negara dan memberi pengalaman terbaik kepada pengunjung.