
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,29 Jun – Sektor pelancongan negara terus mencatat prestasi positif meskipun berdepan gangguan perjalanan global serta ketegangan geopolitik di Asia Barat,apabila Malaysia merekodkan 17.5 juta ketibaan pelawat antarabangsa bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini,meningkat 3.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Kuala Kedah Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkenaan kesan konflik di Asia Barat terhadap jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia khususnya dari pasaran Eropah dan Asia Barat serta strategi kerajaan bagi mengekalkan momentum pertumbuhan sektor pelancongan.
Selain itu,MOTAC katanya turut mempertingkat promosi pelancongan premium dan mesra Muslim melalui Islamic Tourism Centre (ITC) sekali gus memperluas jaringan ketersambungan udara negara,termasuk pembukaan dan penambahan laluan penerbangan baharu bagi meningkatkan accessibility dan ketibaan pelawat.
Pada masa sama,mempergiat promosi pelancongan kapal persiaran,bagi meningkatkan ketibaan pelawat antarabangsa,memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hub persiaran serantau,serta menjana impak ekonomi kepada destinasi tempatan.
Usaha memperluas jaringan penerbangan antarabangsa serta memperhebat promosi pelancongan kapal persiaran turut dilaksanakan bagi meningkatkan ketibaan pelawat dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pelancongan persiaran serantau.
Ketika mengulas berkenaan strategi penyasaran semula pasaran yang dilaksanakan Tourism Malaysia,ia menunjukkan hasil positif apabila ketibaan pelawat dari rantau Asia Pasifik meningkat 3.5 peratus kepada 16.2 juta bagi tempoh Januari hingga Mei 2026.
Malaysia menyasarkan 47 juta ketibaan pelancong antarabangsa dengan unjuran hasil pelancongan sebanyak RM329 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.