MD2030 sasar 500,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi

2026-06-29    HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menerima Buku Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 Ke Arah Negara AI daripada Menteri Digital Gobind Singh Deo (dua,kanan)/Foto BERNAMA

PUTRAJAYA,29 Jun – Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030) yang dilancar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyasarkan 500,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi.

RINGKASAN BERITA AI

Di samping itu,MD2030 memacu landskap negara daripada sekadar pengguna teknologi kepada pengeluar inovasi digital.

Pada majlis berkenaan,Datuk Seri Anwar turut menyampaikan watikah secara simbolik kepada tujuh kementerian yang menerajui tujuh teras strategik MD2030 melibatkan aspek kerajaan,ekonomi,infrastruktur,bakat,masyarakat,kepercayaan dan keselamatan serta inovasi.

Pelaksanaan agenda itu akan dipacu secara bersepadu bersama agensi di bawah Kementerian Digital termasuk Pejabat AI Kebangsaan (NAIO),Jabatan Digital Negara,MDEC,CyberSecurity Malaysia dan MyDIGITAL Corporation.

“MD2030 akan memastikan manfaat ekonomi digital dapat dinikmati secara inklusif oleh seluruh rakyat,” katanya lagi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap