
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,Datuk Seri Arthur Joseph Kurup / Foto RTM
KUALA LUMPUR,29 Jun – Sebanyak 600 aduan konflik manusia dan gajah di Johor direkodkan pada 2025,berbanding sebanyak 900 aduan pada tahun sebelumnya,sekali gus mencatatkan penurunan lebih 30 peratus dalam tempoh dua tahun berkenaan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan dikemukakan Ahli Parlimen Tenggara,Manndzri Nasib berhubung keberkesanan dana tambahan EFT dan program komuniti PERHILITAN dalam mengurangkan konflik manusia dan gajah di sini,hari ini.
Mengulas lanjut katanya,RM900,000 lagi turut disalurkan bagi melaksanakan program mitigasi konflik manusia dan hidupan liar di bawah Pelan Hala Tuju Strategik Desa Negeri Johor termasuk penubuhan Komuniti Pelindung Hidupan Liar di lima kampung di kawasan berisiko.