Malaysia, Switzerland muktamadkan Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali

2026-06-27    HaiPress

Kementerian Kewangan. Foto/Bernama

KUALA LUMPUR,27 JUN – Kementerian Kewangan (MOF) dan Sekretariat Negara Kewangan Antarabangsa Switzerland berjaya memuktamadkan pusingan kedua bagi rundingan semula Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) Berkaitan Cukai Pendapatan antara kedua-dua negara.

RINGKASAN BERITA AI

MOF menjelaskan kedua-dua delegasi mengadakan rundingan itu dalam semangat kerjasama yang kukuh serta komitmen bersama untuk mencapai hasil yang seimbang bagi menyokong pertumbuhan mampan di Malaysia dan Switzerland.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan,Tan Sri Johan Mahmood Merican juga mengadakan pertemuan dengan delegasi Malaysia dan Switzerland bagi mengesahkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kerjasama percukaian serta hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara. – Bernama

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap