SMK Dato’ Klana Putra raikan 12 pelajar cemerlang inovasi antarabangsa

2026-06-27    HaiPress

12 pelajar SMK Dato’ Klana Putra diraikan dalam majlis penghargaan selepas mengharumkan nama negara menerusi kejayaan di pertandingan inovasi antarabangsa.

LENGGENG,27 Jun – Kejayaan 12 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Klana Putra yang mengharumkan nama negara di pentas inovasi antarabangsa diraikan dalam satu majlis penghargaan di sekolah itu,hari ini.

RINGKASAN BERITA AI

Pelajar,Wan Nor Alyaa Qalesya Wan Mohamad berkata,pasukannya menghasilkan produk yang lebih mesra alam dan praktikal untuk kegunaan harian.

“Kami yakin inovasi kecil seperti ini mampu memberi impak yang lebih besar jika digunakan secara meluas,” katanya.

Seorang lagi pelajar,Muhammad Hariz Anas Nur Saifuddin berkata,pembangunan SmartSenseWatch berdepan cabaran dari segi kos bahan,namun tidak mematahkan semangat pasukannya untuk menyiapkan projek berkenaan.

Kejayaan itu membuktikan sekolah luar bandar juga mampu melahirkan bakat bertaraf antarabangsa menerusi gabungan semangat,disiplin dan bimbingan berterusan daripada guru.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap