
Foto AFP
LA GUAIRA,27 Jun –Angka kematian akibat gempa bumi yang mengegarkan Venezuela meningkat kepada 920 orang pada Jumaat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Di kawasan lain,ahli keluarga,jiran tetangga dan sukarelawan terpaksa menggunakan tangan kosong untuk menggali runtuhan bagi menyelamatkan mangsa,sambil meluahkan rasa kecewa ekoran ketiadaan jentera berat atau bantuan rasmi daripada pihak berkuasa.
“Saya sedang mencari anak kecil saya,Gael… dia baharu berusia lima bulan,” kata Marjosly Salazar.
Seorang lagi anak perempuannya yang berusia 16 tahun disahkan terkorban,manakala bayi tersebut serta sepupunya masih hilang.
“Tolonglah,kami perlukan sokongan di sini. Kami perlukan jentera berat untuk mengangkat tiang-tiang konkrit ini. Kami langsung tidak nampak kelibat pegawai kerajaan di sini,tiada langsung,” ujarnya.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (OCHA) memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat daripada sekurang-kurangnya 17 negara telah digerakkan,termasuk Sepanyol,El Salvador,Switzerland,Colombia dan Mexico yang kini sudah berada di lokasi.
Amerika Syarikat turut menghantar pegawai tentera kanan ke Caracas bagi menyelia misi bantuan melibatkan pengerahan dua kapal perang,pesawat pengangkut,helikopter serta dana bantuan bernilai $150 juta (kira-kira RM664 juta).
Washington juga menggantung sekatan ekonomi ke atas Venezuela selama empat bulan bagi mengelak sekatan tersebut menghalang operasi menyelamat.
Dilaporkan,mangsa yang terkorban turut melibatkan warga asing termasuk sembilan warga Portugal,lima Sepanyol,dua Brazil,dua China dan seorang warga Itali-Venezuela.
Puluhan yang lain daripada warganegara berkenaan juga dilaporkan masih hilang. – AFP