
Rektor UiTM Cawangan Kedah,Profesor Madya Dr. Mahazir Ismail.
KULIM,26 JUN – Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Kedah melonggarkan syarat pendaftaran kepada pelajar yang kurang berkemampuan.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Pihak yang menyatakan bahawa tidak bayar yuran tak boleh masuk universiti itu merupakan satu kenyataan tidak bertanggungjawab. Jangan takutkan pelajar terutamanya di UiTM sebab kita masih lagi boleh terima pelajar yang tidak mampu. Masuk dulu,bayar kemudian,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada dua pelajar menerusi Program Ziarah Kasih 2.0 di Padang Serai.
Hadir sama Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM cawangan Kedah YM Tunku Nashril Tunku Abaidah.
Lebih 400 pelajar baharu dijangka mendaftar pada sesi kemasukan di UiTM cawangan Kedah kali ini.