
Pergerakan kapal di Selat Hormuz/ REUTERS
OMAN,26 Jun – Pergerakan kapal melalui Selat Hormuz meningkat ketara pada Rabu apabila sebanyak 78 kapal melalui laluan strategik itu,jumlah harian tertinggi sejak konflik Amerika Syarikat (AS)-Israel dengan Iran tercetus,menurut laporan S&P Global yang dikeluarkan pada Khamis.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,jurnal perkapalan berpangkalan di London,Lloyd’s List,memaklumkan pergerakan kapal di Selat Hormuz berubah dengan ketara sepanjang minggu ini,dengan jumlah trafik meningkat secara mendadak berbanding ketika laluan itu berdepan sekatan.
Penganalisis berpandangan pemulihan trafik perkapalan didorong pengumuman Oman bersama Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) untuk membuka laluan selatan Selat Hormuz.
IMO pada Selasa mengumumkan pelaksanaan pelan pemindahan bagi pelaut yang terkandas di wilayah Hormuz serta mengesyorkan penggunaan dua koridor pelayaran,iaitu laluan utara berhampiran perairan Iran dan laluan selatan berhampiran Oman. Pada Rabu,sebanyak 33 kapal menggunakan laluan selatan tersebut.
Namun,Iran memberi amaran bahawa mana-mana kapal yang menyimpang daripada laluan pelayaran yang ditetapkan akan berdepan tindakan.- REUTERS