2026-06-17
HaiPress
Haji Jusoh@Muda Ismail dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Terengganu
KUALA TERENGGANU,17 Jun – Jasa lebih enam dekad dalam memartabatkan ilmu al-Quran melayakkan Haji Jusoh@Muda Ismail dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Terengganu pada Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1448/2026 di Wisma Darul Iman,pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Anugerah tersebut sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar beliau dalam melahirkan generasi celik al-Quran serta memperkukuh syiar Islam di Terengganu.
Turut disampaikan anugerah lain termasuk Tokoh Dakwah,Tokoh Keluarga Mithali,Anugerah Masjid Kerajaan Terbaik dan kategori kecemerlangan institusi Islam.

Hajah Napisah Abdul Rahman menerima Anugerah Keluarga Tunggal Mithali
Sementara itu,ketabahan membesarkan anak-anak secara bersendirian selama hampir tiga dekad melayakkan Napisah Abdul Rahman menerima Anugerah Keluarga Tunggal Mithali sempena Sambutan Maal Hijrah 1448H Peringkat Negeri Terengganu.
Hajah Napisah,74 tahun,dari Kampung Lembah,Dungun dikurniakan 14 orang cahaya mata dan telah melalui kehidupan sebagai ibu tunggal selama 27 tahun.
Beliau turut aktif menyumbang khidmat kepada masyarakat sebagai guru al-Quran dan Fardu Ain di kampungnya dan terlibat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk jawatankuasa surau serta pertubuhan wanita setempat.
“Terima kasih kepada anak-anak yang berusaha selama ini,percaya di atas nasihat umi.. Sebagai ibu tunggal kita perlu banyakkan bersabar di atas karenah anak-anak ini. Bila bergelar anak yatim ini,kelakuannya pun lebih daripada biasa,mesti bersabar.
“Menyedari hidup sebagai anak yatim,lahir rasa tanggungjawab dan keinsafan akan mendorong anak-anak untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh”,katanya.