
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan/ BERNAMA
PUTRAJAYA,17 Jun – Perpaduan dan persaudaraan dalam Islam perlu terus diperkukuh khususnya dalam menghadapi cabaran semasa,termasuk impak krisis tenaga global yang turut dirasai Malaysia.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dr Zulkifli berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Maal Hijrah 1448 Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra,Putrajaya.
Beliau juga berharap agar masyarakat Malaysia secara keseluruhan untuk terus memberi sokongan terhadap usaha mengangkat martabat ummah bagi memastikan syiar Islam terus berkembang di Malaysia.
Jelasnya,Malaysia sebagai sebuah negara majmuk perlu terus memupuk kebersamaaan dalam kepelbagaian ke arah menjamin keamanan,kestabilan dan kemakmuran negara.
“Menginsafi takdir kepelbagaian yang melatari demografi negara kita,suka atau tidak,Malaysia ialah sebuah negara majmuk.
“Justeru,sudah tentu Sahifah Madinah yang digagaskan oleh Rasulullah SAW selepas peristiwa hijrah merupakan contoh agung pembinaan sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kabilah dan agama,namun dihimpun dalam satu kesatuan yang berteraskan keadilan,tanggungjawab bersama dan kesetiaan kepada negara.
“Dalam konteks Malaysia,semangat ini diistilahkan sebagai kepelbagaian dalam bingkai kesatuan,” katanya.