
Foto AFP
[b]PALU[/b][b],16 Jun[/b]– Satu gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud dilaporkan menggegarkan wilayah berhampiran bandar Palu di Pulau Sulawesi,Indonesia pada pagi Selasa.
RINGKASAN BERITA AI
−
Impak gegaran dilaporkan mencetuskan detik cemas dalam kalangan penduduk tempatan dengan beberapa rakaman video amatur memaparkan keadaan struktur bangunan yang bergoyang ketika gempa melanda.
Setakat ini, pihak berkuasa tempatan masih menjalankan pemantauan rapi serta penilaian menyeluruh di kawasan terjejas bagi mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan infrastruktur yang serius. – AFP