
Foto BERNAMA
TAPAH,6 Jun – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita,Jaslinda Saludin di Gunung Batu Putih di sini terus mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk sukarelawan yang mahu membantu pencarian.
RINGKASAN BERITA AI
−
Semalam,lapan anggota STORM bersama dua Malim Gunung Perhutanan terlibat di lokasi sektor pencarian sebelum kesemua mereka selamat keluar kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.
Hari ini pula,lima anggota terdiri daripada pasukan Perhutanan dan Malim Gunung Perhutanan memasuki sektor pencarian bagi meneruskan operasi SAR.
Sepanjang operasi dilaksanakan,beberapa barangan turut ditemui di kawasan sungai,lereng bukit dan laluan yang dilalui pasukan penyelamat.
Bagaimanapun selepas pemeriksaan dilakukan,kesemua barangan berkenaan disahkan bukan milik mangsa.