
Foto AFP
TEBING BARAT,6 Jun – Petani Palestin di sini terpaksa mempercepat kerja menuai gandum bagi menyelamatkan hasil tanaman yang menjadi sumber makanan dan pendapatan mereka susulan ancaman serangan penceroboh haram Israel dan tentera Zionis.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Mereka membaling bahan yang terbakar di lima atau enam lokasi. Penduduk bergegas memadamkan api,tetapi tiada yang boleh kami lakukan. Api itu cepat merebak kerana tanaman dan jerami yang kering,” katanya.
Menurut Jazi,musim menuai yang sepatutnya menjadi saat paling bermakna bagi petani kini bertukar menjadi pengalaman penuh tekanan.
“Menuai adalah saat paling indah dalam kehidupan seorang petani namun kini kami melaluinya seolah-olah mencuri buah zaitun atau hasil tanaman kami sendiri kerana serangan daripada penceroboh Israel dan tentera Zionis,” katanya. – AFP