
Orang ramai berjalan dalam hujan lebat akibat Taufan Jangmi di Tokyo,Jepun,3 Jun 2026/Foto REUTERS
TOKYO,3 Jun – Hujan lebat akibat ribut tropika Jangmi melanda Tokyo sehingga menyebabkan beberapa sungai melimpah.
RINGKASAN BERITA AI
−
Keadaan cuaca buruk itu turut menjejaskan operasi penerbangan apabila kira-kira 700 penerbangan di Lapangan Terbang Haneda dan Narita dibatalkan.
Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran pemindahan di beberapa kawasan di Yokohama selain amaran tanah runtuh di kawasan pesisir timur negara itu.
Pada Isnin lalu,ribut Jangmi membadai Okinawa menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang cedera dan ribuan penduduk terputus bekalan elektrik sementara. – REUTERS