
Antara jersi bola sepak tiruan dirampas polis Toronto menjelang Piala Dunia FIFA 2026 di Kanada/Foto REUTERS
TORONTO,2 Jun – Menjelang kejohanan Piala Dunia yang bakal membuka tirai kurang dua minggu lagi,polis Toronto merampas barangan bola sepak tiruan bernilai lebih C$3.5 juta (kira-kira RM11 juta) dalam serbuan di sebuah gudang di Mississauga.
RINGKASAN BERITA AI
−
Siasatan bermula selepas Unit Siasatan Perancangan FIFA Polis Toronto menerima aduan pada Mei lalu berkaitan kegiatan membekalkan barangan tiruan kepada premis peruncitan.
Toronto dijangka menerima lebih 300,000 pengunjung sepanjang kejohanan Piala Dunia dengan enam perlawanan dijadual berlangsung di bandar itu,termasuk aksi pembukaan Kanada menentang Bosnia dan Herzegovina pada 12 Jun ini. – REUTERS