
Ahli keluarga meratapi kematian mangsa serangan Israel di Gaza /Foto REUTERS
GAZA,24 MEI – Tiga anggota sebuah keluarga Palestin,termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun,terbunuh dalam serangan udara Israel di tengah Gaza awal pagi Ahad.
RINGKASAN BERITA AI
−
Tentera Israel setakat ini tidak mengulas secara langsung mengenai kematian tiga beranak tersebut.
Bagaimanapun,pihak tentera memaklumkan mereka telah menyerang tiga lokasi simpanan senjata Hamas di tengah Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.
Sementara itu,satu lagi serangan Israel di Deir el-Balah awal pagi Isnin dilaporkan tidak meragut nyawa,namun menyebabkan kerosakan besar pada bangunan dan kawasan sekitar.
Penduduk termasuk kanak-kanak dilihat mencari barang-barang di celah runtuhan selepas serangan berkenaan.
Walaupun gencatan senjata rasmi dilaksanakan sejak Oktober tahun lalu,keganasan harian masih berterusan dengan Israel dan Hamas saling menuduh melanggar perjanjian tersebut.
Menurut kementerian kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas,sekurang-kurangnya 890 rakyat Palestin terbunuh sejak gencatan senjata bermula pada 10 Oktober lalu.