
Foto AFP
HAVANA,15 Mei –Cuba isytihar telah kehabisan bahan api termasuk mengalami gangguan bekalan elektrik susulan sekatan berterusan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
RINGKASAN BERITA AI
−
Trump sebelum ini berulang kali memberi isyarat bahawa mahu menjatuhkan kerajaan komunis di Cuba.
Pentadbiran Trump juga berusaha untuk mendakwa Raul Castro,abang kepada mendiang pemimpin komunis Cuba,Fidel Castro.
Bagaimanapun,Cuba menjangkakan lawatan Ratcliffe sebagai peluang untuk meredakan ketegangan.
“Pertemuan berkenaan menyumbang kepada dialog politik antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan kerajaan Cuba.
“Cuba tidak pernah menyokong sebarang aktiviti bermusuhan terhadap AS dan tidak akan membenarkan tindakan terhadap mana-mana negara lain dilakukan dari Cuba,” tegasnya,merujuk kepada dakwaan kehadiran China.- AFP