
Foto BERNAMA
MEDITERRANEAN,30 April – Tentera laut Israel memintas kapal dari Global Sumud Flotilla 2.0 di perairan antarabangsa lewat Rabu ketika mereka menuju ke Gaza untuk memecahkan sekatan di kawasan enklaf itu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Tindakan itu dilakukan beberapa jam selepas media melaporkan bahawa Israel sedang bersiap sedia untuk memintas flotila berkenaan yang terdiri daripada kira-kira 100 bot dan hampir 1,000 aktivis dari beberapa negara.
Israel telah mengenakan sekatan di Semenanjung Gaza sejak 2007,menyebabkan kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin daripada kira-kira 2.4 juta kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam perang.