Pelaksanaan BDR berjaya jimatkan 600,000 liter bahan api bernilai RM1.2 juta

2026-04-23    HaiPress

Pada hari ini sahaja,seramai seramai 21,828 penjawat awam menggunakan manfaat BDR di seluruh negara,menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,23 April – Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) sejak 15 April berjaya menjimatkan 600,000 liter bahan api bernilai RM1.2 juta.

RINGKASAN BERITA AI

Terdahulu,penjawat awam di Kuala Lumpur,Putrajaya dan Selangor serta semua ibu negeri dengan jarak perjalanan sehala dari pejabat ke rumah melebihi lapan kilometer,dibenarkan untuk bekerja dari rumah tiga hari seminggu.

Dalam pada itu,Tan Sri Shamsul Azri turut menggalakkan langkah penjimatan dan perbelanjaan secara berhemat seperti yang dilaksanakan oleh IIM.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Noridah dan pengurusan IIM kerana berjaya melaksanakan majlis ini di fasiliti kerajaan.

“Mengambil kira keadaan geopolitik dan juga ketidaktentuan ekonomi global akibat daripada Iran dan juga Israel. Kita amat menggalakkan program-program rasmi kerajaan diadakan di fasiliti awam,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap