
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,23 April – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa reformasi sistemik dalam pengurusan dana umat disegerakan,termasuk penubuhan badan pemantau seperti Suruhanjaya Amal Malaysia.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam masa sama,beliau mencadangkan agar mekanisme kutipan dana yang merentas negeri diselaraskan melalui garis panduan yang lebih jelas dan seragam.
Katanya,langkah itu bukan untuk menyekat aktiviti kebajikan,sebaliknya bagi melindungi amanah masyarakat serta memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
“Pengurusan dana bukan sekadar soal kewangan,tetapi soal amanah serta berkait dengan kehidupan golongan memerlukan. Apabila berlaku ketirisan,kesannya bukan sahaja kepada angka,tetapi kepada kepercayaan masyarakat dan nasib mereka yang sepatutnya dibantu.
“Integriti bukan sekadar pematuhan kepada prosedur,tetapi soal nilai dan tanggungjawab. Setiap dana yang diamanahkan membawa hak golongan memerlukan. Justeru,budaya amanah dan akauntabiliti perlu diperkukuh dalam semua peringkat. Tanpa integriti,dana umat akan hilang arah,” katanya.
ABIM turut menyatakan sokongan penuh terhadap siasatan pihak berkuasa dan menuntut tindakan tegas sekiranya terbukti berlaku penyelewengan.