
(Foto kecil: Prof. Madya Ir. Dr. Ungku Anis Ungku Amirulddin)
ANGKASAPURI,20 April- Pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) menuntut pengurusan penggunaan elektrik yang bijak bagi memastikan penjimatan tenaga.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Mengikut kajian,suhu yang memberikan keselesaan dengan penggunaan tenaga rendah adalah antara 24 hingga 26 darjah Celsius. Sekiranya suhu dikekalkan dalam julat tersebut,penggunaan elektrik bagi penghawa dingin dapat dikurangkan dengan ketara.
“Namun,jika suhu diturunkan walaupun satu darjah di bawah 24 darjah Celsius,penggunaan elektrik boleh meningkat antara enam hingga 10 peratus,” katanya. katanya.
Tambah beliau,penggunaan peralatan cekap tenaga seperti lampu LED serta peralatan elektrik bertaraf empat atau lima bintang mampu membantu mengurangkan kos elektrik dalam jangka panjang.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya merancang penggunaan tenaga di rumah secara lebih sistematik bagi memastikan penjimatan berterusan.
1 April lalu,kerajaan mengumumkan pelaksanaan dasar BDR bagi sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 15 April lepas sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.