
Datuk Seri Fadillah Yusof
KUALA LUMPUR,14 April – Program Corporate Green Power Programme (CGPP) dilihat sebagai langkah penting dalam merombak sistem tenaga negara dengan membolehkan pembekal tenaga boleh baharu menyalurkan bekalan secara terus kepada pengguna korporat.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kejayaan projek seperti Setia Kawan Energy dan Selarong Pertama Energy pula membuktikan kemajuan berterusan Malaysia dalam menterjemahkan dasar kepada pembangunan infrastruktur tenaga bersih yang memberi impak nyata,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Penyiapan Projek Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) di ibu negara.
Pelaksanaan CGPP juga merupakan sebahagian daripada usaha lebih luas kerajaan dalam menstruktur semula cara tenaga dijana dan diagihkan,sejajar keperluan semasa yang menuntut sistem tenaga lebih fleksibel dan mampan.
Beliau turut menegaskan,kejayaan pelaksanaan projek bawah CGPP membuktikan dasar yang dirangka mampu diterjemahkan kepada pembangunan infrastruktur tenaga bersih yang memberi impak nyata.
Pada masa sama,pendekatan itu dijangka mempercepat penggunaan tenaga boleh baharu pada skala lebih besar,di samping memperkukuh daya tahan sistem tenaga negara dalam menghadapi perubahan landskap global.