
Foto Bernama
KUALA LUMPUR,12 April – Malaysia perlu memperkukuh ketahanan ekonomi bagi menghadapi risiko ketidaktentuan global susulan konflik berpanjangan antara Amerika Syarikat dan Iran.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kenaikan kos tenaga akan memberi kesan berantai kepada sektor pengangkutan,logistik,pembuatan dan bekalan makanan,sekali gus menambah tekanan kepada ekonomi domestik,” katanya.
Sehubungan itu,Datuk Prof Dr Mohd Faiz menegaskan Malaysia perlu mempelbagaikan sumber tenaga,memperkukuh jaminan bekalan makanan dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan bagi menghadapi kesan jangka panjang konflik.
Menurutnya,pendekatan diplomasi mesti terus diutamakan kerana penyelesaian damai amat penting untuk mengelakkan tekanan ekonomi dan sosial global daripada menjadi lebih serius.