
Foto janaan AI
KUALA TERENGGANU,9 April – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menafikan dakwaan tular di media sosial berhubung kononnya tiga pelajar di daerah Kemaman mengalami strok haba,pada Rabu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam pada itu,JPNT memandang serius insiden berkenaan dan mengarahkan beberapa langkah penambahbaikan bagi memastikan keselamatan murid sentiasa terjamin.
Antaranya termasuk memastikan kehadiran pasukan penyelamat seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM),Bulan Sabit Merah atau St. John Ambulans bagi setiap aktiviti luar bilik darjah.
Selain itu,pihak sekolah juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi garis panduan serta memantau tahap cuaca dan suhu semasa melalui portal
Met Malaysia sebelum melaksanakan sebarang aktiviti.