JPJ laksana langkah penjimatan tenaga, galak urusan secara dalam talian

2026-04-03    HaiPress

Foto RTM

PUTRAJAYA,3 April – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan langkah penjimatan tenaga secara serta-merta selaras usaha kerajaan menangani krisis tenaga global yang sedang dihadapi negara.

RINGKASAN BERITA AI

Jelas beliau,pendekatan itu bukan sahaja menyokong agenda penjimatan tenaga negara,malah memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih pantas,mudah dan mesra rakyat.

Sementara itu saranan kerajaan agar kakitangan penjawat awam memakai pakaian yang lebih sesuai dan selesa dengan iklim tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap penyejukan berlebihan,disambut baik.

Rata-rata penjawat awam berpandangan,langkah itu bukan sahaja selari dengan usaha penjimatan tenaga,malah memberi keselesaan kepada mereka yang menjalankan tugas.

Bagi Haliazna Shamsuddin,saranan tersebut membolehkan penjawat awam bekerja dengan lebih selesa dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk bersiap.

“Sebagai seorang penjawat awam saya menyahut saranan yang disarankan oleh kerajaan bagi penjawat awam untuk memakai pakaian kasual dan benda tu sebenarnya menyenangkan kami di pihak penjawat awam supaya macam kita kata pagi-pagi tak perlu gosok baju,tudung. so pakai kasual sangat memberi impak besar pada kami untuk menjalankan tugas lebih baik,” katanya.

Sementara itu,seorang lagi penjawat awam,Yang Maisarah Bustaman menganggap saranan tersebut bertepatan dengan masa dan keadaan ketika cuaca panas melanda negara.

“Kami sebagai penjawat awam amat berterima kasih atas keprihatinan pihak tertinggi kerajaan kerana pada kami dalam keadaan sekarang amat berpatutanlah dengan saranan tersebut kerana dalam keadaan cuaca dan juga mempelbagaikan pakaian batik dan korporat itu,” katanya kepada RTM.


Juliana Sallabudin pula berpandangan,pemakaian baju korporat memberi keselesaan kepada mereka.

“Selesa dan sangat bagus apa yang dimaklumkan dan diterangkan sebab ia menjadikan kita lebih selesa untuk datang bekerja dan amat memudahkan. Kita tidak perlu lagi menggosok pakaian. Seperti kami di sini sebagai kakitangan JPJ,selalunya pemakaian uniform amat dititik beratkan. Jadi kini lebih mudah dan santai. Pemakaian baju korporat lebih selesa terutama kepada golongan wanita,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap