Malaysia di landasan tepat pacu pertumbuhan berterusan

2025-12-29    HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,28 Disember - Penilaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menunjukkan ekonomi Malaysia berada pada landasan pertumbuhan yang baik mencerminkan daya tahan ekonomi negara meskipun berdepan ketidaktentuan global.

Pensyarah Kanan Ekonomi Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM,Dr Bashir Ahmad Shabir Ahmad berpendapat,pertumbuhan ekonomi yang lebih stabil itu didorong oleh permintaan domestik yang mampan,disokong oleh pengurusan fiskal yang seimbang serta prestasi pasaran buruh yang kekal kukuh,dengan kadar pengangguran berada di bawah paras tiga peratus.

Menurutnya,kekuatan asas domestik tersebut diperkukuh melalui pelaksanaan penyasaran subsidi oleh kerajaan,termasuk subsidi diesel dan petrol RON95.

"Penyasaran subsidi membolehkan penjimatan fiskal dikembalikan kepada negara untuk disalurkan semula dalam bentuk bantuan sosial tambahan,seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA),sekali gus membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat," jelas beliau.

Tambahnya,keseimbangan yang dilaksanakan dalam Belanjawan 2024 dan 2025,khususnya dari segi pendekatan kepada asas cukai yang berada pada kadar yang baik serta tidak merangkumi semua sektor terutama sektor-sektor kritikal,juga telah memberi kelegaan kepada sektor industri dan rakyat.

Pendekatan tersebut membantu memastikan sokongan kepada pertumbuhan ekonomi dapat diteruskan dalam keadaan persekitaran global yang mencabar.

IMF sebelum ini mengakui bahawa ekonomi Malaysia menunjukkan daya tahan ketara,dengan pertumbuhan pada kadar yang sihat tahun ini disokong oleh pelaburan kukuh,perkembangan sektor teknologi global serta pengurusan dasar makroekonomi dan kewangan yang berhemat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap