JDV disasar keluarkan tiga juta liter susu tahun depan

2025-11-03    HaiPress

Foto RTM

JOHOR BAHRU,1 November - Kerajaan Johor menyasarkan tiga juta liter susu dapat dihasilkan tahun depan menerusi Jemaluang Dairy Valley (JDV) yang sekali gus dijangka menyumbang sehingga 20 peratus pengeluaran tenusu dalam negara.

Exco Pertanian,Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor,Datuk Zahari Sarip berkata,ini selepas 1,000 ekor lembu dari Victoria,Australia tiba untuk pengoperasian JDV di Mersing yang menandakan permulaan industri tenusu berskala besar di negeri itu.

"Kesemua lembu berkenaan kini bunting,dan dijangka dapat menghasilkan tenusu bermula Januari depan,dengan pengeluaran maksimum pada Mac.

"Untuk tahun pertama,kita sasarkan JDV dapat menghasilkan tiga juta liter susu,lima juta liter pada tahun kedua dan 12 juta liter untuk lima tahun seterusnya," katanya semasa meninjau proses penghantaran Lembu Tenusu JDV di Pelabuhan Johor,di sini.

Tambah beliau,JDV yang merupakan kolaborasi kerajaan negeri,Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan swasta itu juga berperanan sebagai pusat pengumpulan hasil tenusu daripada pengusaha tempatan.

"Perbincangan dengan pihak JDV telah dibuat mengenai perkara ini untuk memastikan penternak berskala kecil mempunyai tempat untuk mengumpulkan produk (tenusu) mereka," katanya.

JDV dijangka mengimport lebih banyak lembu pada tahun hadapan,mengikut keperluan dan sasaran pengeluaran susu.

Dalam pada itu,Pegawai Daerah Mersing,Jamil Hasni Abdullah berkata selain penghasilan produk tenusu,JDV juga berpontensi dibangunkan sebagai tarikan pelancongan,khususnya menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

"Lokasi ini sebenarnya sudah tular dan menjadi tumpuan untuk bergambar kerana lokasinya yang memang cantik," jelasnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap