
FB Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,29 Oktober - Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan Pengarah Orkestra Tradisional Malaysia Istana Budaya,Allahyarham Mohd Yazid Zakaria sebagai sebutir permata,pemimpin seni yang komited,berdedikasi dan disegani.
Datuk Fahmi menerusi hantaran di Facebook menzahirkan rasa dukacita selepas menerima berita pemergian Allahyarham Mohd Yazid pagi tadi.
Beliau berkata,Allahyarham baru sahaja mengetuai orkestra semasa Majlis Makan Malam Gala ASEAN dua hari lepas.
"Kehilangannya amat dirasai. Bagi pihak Kementerian Komunikasi,takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah," katanya.