Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Kepolisan Am/Krisis Bencana),Datuk M.V. Sri Kumar Madhavan Nair/RTM
KUALA LUMPUR,16 Oktober – Penutupan sementara beberapa kawasan di sekitar ibu negara sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 bukan langkah sekatan penuh,sebaliknya bagi memastikan kelancaran pergerakan konvoi dan delegasi antarabangsa.
Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Kepolisan Am/Krisis Bencana),Datuk M.V. Sri Kumar Madhavan Nair,berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana aktiviti perniagaan tetap dibenarkan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh persidangan berlangsung.
“Bila sebut lockdown ini supaya tidak berlaku kesesakan. Lockdown maksudnya masa Covid dulu kita bekerja dari rumah. Begitu. Jadi orang yang sekitar Kuala Lumpur ini,kadang-kadang anak sekolah,belajar dari rumah untuk sementara seminggu tu.
"Setengah-setengah kawasan tu kita tutup supaya mempermudahkan pergerakan konvoi,VIP dan delegasi-delegasi yang datang. Jadi perniagaan dalam kolompok ni semua buka. Jadi tak adalah kedai kita suka tutup atau tidak”
Beliau menjelaskan,langkah itu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran acara bertaraf antarabangsa tersebut dapat dijaga dengan baik,khususnya di kawasan tumpuan seperti Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC),Bukit Bintang,dan KL Sentral,yang bakal menjadi laluan utama delegasi ketua-ketua negara dan ASEAN.
Sementara itu,Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama pelbagai agensi keselamatan melaksanakan Latih Amal Keselamatan Kepengerusian ASEAN Siri 2 (TTX) bagi memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi sebarang ancaman semasa sidang kemuncak yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini.
Timbalan Ketua Pengarah MKN (Keselamatan Strategik),Datuk Baharuddin Ahmad,berkata latihan itu bertujuan menyelaras kerjasama menyeluruh antara semua agensi bagi memastikan aspek keselamatan dipantau secara bersepadu.
“Misi kita,misi Majlis Keselamatan Negara adalah untuk memastikan kerjasama,kolaborasi di antara semua agensi,daripada semua sudut. Dari sudut ekonomi,sudut sosial,kesihatan,jalan raya,keselamatan bangunan,keselamatan individu,keselamatan dekumen,semua kita fikirkan Keselamatan kenderaan,keselamatan VVIP,semua dibincang dan mempunyai satu kata putus kerjasama koordinasi bersepadu dalam menangini isu-isu yang timbul jika berlaku dalam persidangan ini.”
Majlis penutupan latihan disempurnakan Ketua Pengarah Keselamatan Negara,Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin.