Had umur: Malaysia bakal wajibkan pengesahan identiti pengguna media sosial

2025-10-15    HaiPress

Foto RTM

SIPITANG,15 Oktober - Malaysia bakal mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan sistem pengesahan identiti pengguna atau electronic Know Your Customer (eKYC) bagi memastikan kanak-kanak bawah 13 tahun tidak memiliki akaun media sosial sekali gus melindungi golongan berkenaan.

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu juga bertujuan memastikan garis panduan komuniti yang ditetapkan platform terlibat benar-benar dikuat kuasa.

"Kerajaan mendapati terdapat platform yang gagal menguatkuasakan dasar umur minimum walaupun telah dinyatakan dalam garis panduan komuniti masing-masing.

"Saya melihat sendiri anak-anak Darjah 3 dan 4 mempunyai akaun TikTok walaupun pihak platform itu menyatakan mereka tidak membenarkan kanak-kanak bawah 13 tahun memiliki akaun.

"Rata-rata saya lihat apa yang diperkatakan tidak ditepati," jelas Datuk Fahmi kepada pemberita selepas merasmikan Hari bersama Komuniti dan Peluncuran NADI on Wheels (NOW) peringkat negeri Sabah,di sini.

Ke arah itu,beliau memaklumkan bahawa satu pertemuan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan syarikat platform media sosial akan diadakan minggu depan.

"Saya telah mengarahkan MCMC bersama beberapa agensi yang lain untuk ke Singapura minggu depan bagi mengadakan pertemuan dengan pihak TikTok,Meta dan beberapa pihak yang lain untuk memberi penekanan yang masalah-masalah ini perlu diuruskan dengan tuntas dan menyeluruh termasuk pengesahan identiti menerusi dokumen rasmi," tegasnya.

Dalam pada itu beliau mendedahkan,78 peratus kandungan penipuan yang diturunkan di negara ini adalah daripada Facebook.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap