Laporan kesan AI terhadap produktiviti dibentang ke Kabinet

2025-09-18    HaiPress

Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bercakap kepada media selepas persidangan di Sepang.

SEPANG,18 September - Laporan menyeluruh mengenai kesan kecerdasan buatan (AI) terhadap produktiviti,atau dikenali sebagai AI Productivity Paradox,dijadualkan dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,berkata laporan itu kini sedang dimuktamadkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC),Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Kementerian Digital.

"Selepas dua minggu majlis perjumpaan bersama Perdana Menteri tempoh hari,saya telah membentangkan laporan awal dalam mesyuarat Jemaah Menteri. Dalam tempoh sebulan,kita akan bawa semula perkara ini ke mesyuarat Kabinet untuk dibentangkan dengan lebih terperinci.

"Ketika ini,kajian tersebut sedang diperhalusi oleh MPC,INTAN,serta Kementerian Digital. Saya akan membentangkannya semula secara lebih mendalam dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang," katanya selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans,Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan kali keempat,di sini hari ini.

Beliau menegaskan,setiap perbelanjaan bagi AI dan pendigitalan perlu dinilai dari segi keberkesanan kos untuk memastikan ia benar-benar menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan menghasilkan output terbaik untuk kerajaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap