Angka itu meningkat berbanding AS$122 bilion yang direkodkan pada 15 Ogos.
KUALA LUMPUR,9 September - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$122.7 bilion,setakat 29 Ogos lalu.
Jumlah itu meningkat berbanding AS$122 bilion yang direkodkan pada 15 Ogos.
''Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
''Komponen utama rizab merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$109.1 bilion dolar,paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa berjumlah AS$1.3 bilion dolar dan hak pengeluaran khas sebanyak AS$5.9 bilion dolar,'' jelas BNM dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu,emas dan aset rizab lain masing-masing berjumlah AS$4.1 bilion dolar dan AS$2.3 bilion dolar.