Kedudukan semasa takungan air di tiga empangan bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mencatatkan sebanyak 599,322 ekar kaki atau 49 peratus.
ALOR SETAR,11 September – Keseluruhan kedudukan semasa takungan air di tiga empangan bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mencatatkan sebanyak 599,322 ekar kaki atau 49 peratus sehingga hari ini.
Pengerusi MADA,Datuk Dr Ismail Salleh berkata,Empangan Pedu merekodkan kapasiti takungan 443,330 ekar kaki bersamaan 50.67 peratus,Empangan Muda 38,200 ekar kaki (30.56 peratus),manakala Empangan Ahning 117,792 ekar kaki (52.82 peratus).
Sehubungan itu,jadual penanaman padi musim kedua 2025 telah ditetapkan dengan tarikh mula menabur benih fasa pertama pada 17 September hingga 29 Oktober 2025.
Fasa kedua bermula 10 hari selepas itu pada 27 November,manakala fasa ketiga dijadualkan pada 7 Oktober 2025.
“Syabas kepada para peladang kerana musim lepas kita berjaya mencapai tahap 82.2 peratus mengikut jadual,” katanya ketika sidang media di Alor Setar.
Beliau turut menyarankan peladang agar menggunakan kaedah penanaman yang sesuai mengikut lokasi seperti tabur terus dalam air serta hanya menggunakan Benih Padi Sah.
Dalam perkembangan lain,MADA turut mengambil langkah awal dengan memperluas kawasan tanaman padi di Muda bagi memastikan pengeluaran kekal stabil.
Jumlah keluasan tanaman padi di kawasan Muda kini mencecah 100,641.19 hektar termasuk kawasan baharu yang telah diwartakan pada 2009 dan 2011,iaitu 3,042.02 hektar di Kedah dan 1,148.49 hektar di Perlis.