Tindakan tegas terhadap pihak cetus provokasi, ganggu operasi

2025-09-11    HaiPress

Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Fadil Marsus pada sidang media di lokasi operasi pengosongan rumah di Kampung Sungai Baru

KUALA LUMPUR,11 September-Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan provokasi sehingga mengganggu operasi pengosongan 37 unit rumah di Kampung Sungai Baru.

Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Fadil Marsus menegaskan,operasi dijalankan mengikut perintah mahkamah dan mematuhi undang-undang bagi memastikan ketenteraman awam terpelihara.

Beliau berkata,pihak berkuasa tidak akan berkompromi terhadap cubaan menentang arahan tersebut.

“Saya mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama semua agensi penguatkuasaan akan memastikan operasi ini berjalan lancar.

Jika ada pihak cuba menimbulkan kekacauan,tindakan keras akan diambil tanpa sebarang toleransi,” tegasnya dalam sidang media di lokasi operasi.

Menurut beliau,majoriti penduduk memberi kerjasama penuh,namun terdapat segelintir yang masih membantah dan belum bersedia berpindah.

“Kita cuba memudahkan semua urusan dan mengutamakan kebajikan penduduk,termasuk membantu mereka yang uzur atau berdepan kesukaran.

Namun proses pengosongan tetap perlu dilaksanakan sehingga selesai,” katanya

Datuk Fadil tidak menolak kemungkinan campur tangan pihak luar hadir bagi mencetuskan kekacauan.

Terdahulu,Ketua Polis Daerah Dang Wangi,ACP Sulizmie Affendy Sulaiman,dilaporkan cedera di kepala dalam insiden kekecohan pagi tadi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap