JIM Johor cekup 94 PATI di Iskandar Puteri, Kulai

2025-09-05    HaiPress

Foto JIM JOHOR

JOHOR,5 September - Seramai 94 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Johor,pada 3 September lalu dalam serbuan di 43 premis sekitar Iskandar Puteri dan Kulai.

Turut ditahan dua lelaki warga tempatan yang disyaki melindungi PATI.


Menurut kenyataan media Pengarah Imigresen Negeri Johor,Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus,tangkapan berusia antara 18 hingga 61 tahun.


"Mereka merupakan warganegara Bangladesh,Indonesia,Myanmar,India,Vietnam,Nepal,Pakistan dan Thailand," katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)( c) dan 15(1) (c ) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Seorang PATI turut disiasat mengikut Seksyen 55,manakala dua lelaki tempatan disiasat di bawahSeksyen 56(1)(d),Akta Imigresen 1959/63.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap