Malaysia tumpu perhebat dagangan serantau, antarabangsa

2025-09-04    HaiPress

Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR,3 September - Malaysia selaku Pengerusi Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025 optimis memainkan peranan dalam memastikan integrasi ekonomi serantau diperkukuh dan menjadikan ASEAN destinasi pelaburan yang berdaya saing.

Timbalan Menteri Pelaburan,Liew Chin Tong berkata beberapa Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) telah ditetapkan.

Ini termasuk memuktamadkan rundingan naik taraf Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) yang dijangka dimeterai pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47,Oktober ini.

"Rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) juga dijangka dimuktamadkan secara substantif menjelang penghujung tahun ini.

"Selain itu,Malaysia melalui ASEAN turut memperkukuh kerjasama dengan rakan luar termasuk Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China," jelas Liew ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi kementeriannya di Dewan Negara.

Tambahnya,ASEAN dan GCC telah memeterai Rangka Kerja Kerjasama ASEAN-GCC 2024-2028 yang memberi tumpuan kepada sektor utama ekonomi.

Berhubung situasi perdagangan global,beliau berkata beberapa perkara diputuskan menerusi Mesyuarat Khas Menteri Ekonomi ASEAN pada 10 April lalu susulan pelaksanaan tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS).

"Hasil mesyuarat itu,ASEAN menegaskan pendirian untuk tidak melaksanakan sebarang tindak balas.

"Sebaliknya ASEAN menekankan sokongan terhadap sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan di samping bersetuju negara anggota meneruskan rundingan dua hala dengan AS bagi mengelakkan ketegangan berpanjangan" kata Liew.

Perdagangan Malaysia dengan AS menyumbang 13.2% daripada jumlah keseluruhan eksport bernilai RM1.508 trilion pada 2024.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap