Lawatan PM ke China perkukuh kedudukan negara di pentas global

2025-09-04    HaiPress

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,4 September - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Lawatan Kerja ke China bukan sahaja memperkukuh persahabatan erat Malaysia–China,malah turut memperteguh kedudukan negara di pentas serantau dan antarabangsa.

Menerusi perkongsian di Facebook,Datuk Seri Anwar berkata persahabatan kedua-dua negara yang bertunjangkan keikhlasan membuka ruang lebih luas untuk kerjasama strategik yang mampu membawa manfaat nyata kepada rakyat Malaysia dan China.

"Saya amat menghargai hubungan peribadi yang terjalin bersama Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang,yang semakin mekar melalui pertemuan di Tianjin dan Beijing.

"Di Tianjin,saya diberi penghormatan menyampaikan syarahan serta bertemu pemimpin dunia untuk membincangkan perdamaian di Myanmar,kerjasama dua hala,dan derita yang terus menimpa Gaza.

"Di Beijing pula,saya bersama Presiden Xi serta pimpinan dunia menghadiri sambutan ulang tahun ke-80 penamatan Perang Dunia Kedua,satu simbolik penentangan terhadap penindasan dan penjajahan,tatkala dunia dibelenggu sikap hipokrit kuasa-kuasa besar yang membiar dan mengabsahkan kezaliman terhadap rakyat Palestin.

"Dalam perbincangan yang lebih mendalam bersama Presiden Xi dan Premier Li semalam,kami meneroka ruang memperluas kerjasama baharu antara dalam pembangunan infrastruktur,pelabuhan,pendidikan,teknologi serta kecerdasan buatan.

"Mesyuarat perniagaan yang diadakan di Tianjin dan Beijing pula membuahkan hasil memberangsangkan,dengan potensi pelaburan bernilai RM905 juta dalam sektor kimia dan telekomunikasi,mencerminkan keyakinan syarikat gergasi China terhadap Malaysia yang semakin utuh.

"Ini termasuk komitmen JD.com kepada potensi pembelian produk Malaysia bernilai RM180 juta,manakala pertemuan dengan China Semiconductor Industry Association membuka prospek eksport bernilai RM2.2 bilion dalam tempoh 1–2 tahun,sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri semikonduktor," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Datuk Seri Anwar,lawatan itu juga menampilkan Malaysia di pentas dunia,membawa suara keadilan,menolak penindasan dan memperjuangkan kemanusiaan sejagat.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan tertinggi kepada Kerajaan China atas layanan mesra dan penghormatan luar biasa yang diberikan,serta persahabatan yang dihulurkan dengan penuh hormat dan keikhlasan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap